Maut digilis lori ke tempat kerja

Iklan

JASIN - Seorang pemuda maut digilis lori selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa Muhammad Nur Aliffi Mulyani, 27, yang menunggang motosikal Yamaha Y16ZR dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Tangkak, Johor.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengelak sebuah lori jenis Hino dari arah sama telah berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan motosikal mangsa melanggar kenderaan berat terbabit sebelum mangsa tercampakPolis di tengah jalan di lorong kiri.

Iklan

Pada masa sama, sebuah lori lain jenis Daihatsu Delta tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa sejauh lima meter.

"Impak kemalangan itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Iklan

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.