Maut bertembung lori bijih

Iklan
Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.

GUA MUSANG - Seorang pemandu lori muatan sawit maut apabila kenderaan yang dinaiki bertembung lori muatan bijih di Jalan Aring - Kenyir di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Mohd Zakie Ismail, 30, dari Felda Chiku 07, maut di lokasi kejadian dalam perjalanan menghantar hasil sawit ke sebuah kilang.