Martinez sanggup kurangkan gaji demi Messi

Iklan
Martinez (kanan) sedia mengurangkan gajinya untuk memujuk Messi menyertai Aston Villa. - Foto Agensi

PENJAGA gol kontroversi, Emi Martinez membuat tawaran 'luar biasa' untuk memikat pemain sensasi, Lionel Messi menyertai Aston Villa bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Martinez dan Messi merangkul Piala Dunia 2022 bersama Argentina di Qatar akhir tahun lalu.

Iklan
Iklan

Messi dilaporkan akan meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) hujung musim ini selepas dua tahun bersama gergasi Ligue 1 itu.

Bagaimanapun, Martinez tampil dan sedia mengurangkan gajinya supaya dapat membawa Messi menyertai Aston Villa.

Iklan

"Jika kelab berminat, saya akan membawanya (Messi) ke sini. Hai kawan, kita akan sentiasa minum dan makan daging panggang pada setiap minggu.

"Saya sanggup potong gaji dan kita akan lakukan yang terbaik,” ujar Martinez.

Iklan

Sebagai rekod, Villa hampir mengesahkan slot ke Liga Konferens Europa musim depan selepas menghuni tangga ketujuh ketika ini.