Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari

Iklan
Muhammad Hawari Hashim

SHAH ALAM - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menumpukan kepada bahagian atas gunung yang dikenali sebagai zon kematian dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, walaupun usaha pencarian sudah memasuki hari keenam, beliau percaya, Hawari masih hidup kerana masih mempunyai bekalan makanan mencukupi serta dilengkapi sut yang mampu menahan cuaca sejuk.

Iklan
Iklan

Menceritakan kembali rentetan kejadian, beliau berkata, Hawari berada di kem empat selepas berjaya menawan Everest pada Khamis, jam 3.30 petang waktu Nepal.

"Dia tiba di kem empat kira-kira jam 1.30 pagi waktu Nepal pada Jumaat dan ada meminta malim gunung memeriksa Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Iklan

"Hawari turut memaklumkan kepada malim gunung bahawa dia tidak berdepan sebarang masalah, sebelum malim gunung itu meninggalkannya dengan bekalan sebuah tangki oksigen yang boleh bertahan sehingga 12 jam.

"Bagaimanapun, sekembalinya malim gunung ke kem empat, Hawari sudah tiada dan keadaan cuaca ketika itu juga kurang baik," katanya ketika mengadakan sidang video bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Selasa.

Iklan

Hawari yang berasal dari Pulau Pinang dalam percubaan keduanya menawan puncak Everest selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.

Tambah Azim, kali terakhir beliau bertemu Hawari dan Awang Askandar adalah sebelum mereka memulakan 'summit push' pada 17 Mei lalu.

Misi SAR Hawari bermula jam 11 pagi waktu Nepal pada Jumaat dengan bantuan lapan malim gunung untuk mencari di Everest Base Camp (EBC), kem tiga sehingga kem enam termasuk tinjauan melalui udara.

Ia turut dibantu 20 sukarelawan, namun hanya malim gunung berpengalaman boleh melakukan pencarian di kem empat kerana kawasan itu berbahaya.

"Dua hari lalu, kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Tibet sekiranya pendaki yang naik di bahagian itu melihat atau bertemu Hawari supaya segera memaklumkan kepada pihaknya,” ujarnya.

Hawari yang menyertai ekspedisi ME 2023 dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu dan dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.

Sehari sebelumnya, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga antara peserta ME 2023, dilaporkan meninggal dunia.

Lurah ais sedalam lebih 1,000 meter antara cabaran yang dilalui malim gunung atau sherpa ketika menjejakinya.

Selain menggunakan khidmat malim gunung, pihak Kedutaan Malaysia di Nepal turut berikhtiar mengesan mangsa menggunakan isyarat telefon bimbit digunakan mangsa namun usaha berkenaan mengalami kesukaran berikutan isyarat terakhir dikesan adalah pada 6 Mei lalu.

Usaha pencarian dan mengesan Muhammad Hawari semakin suntuk ketika ini berikutan Kerajaan Nepal akan menutup semua aktiviti di pergunungan Everest pada 29 Mei hadapan atas faktor keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest