Sagu hati RM10,000 tak tepati fiqh aulawiyat

Iklan
Ahli Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Dr Rosli Allani Abdul Kadir sebelum ini meminta AKSB mengesahkan kesahihan surat yang tular di laman sosial sejak semalam bertujuan menjelaskan keadaan sebenar. (Gambar kecil: Saifulnizam)

KOTA BHARU - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan berpendapat pemberian sagu hati Aidilfitri kepada Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) tidak menepati konsep fiqh aulawiyat jika perkara itu benar-benar berlaku.

Naib Yang Dipertua ABIM Kelantan, Saifulnizam berkata, hal itu berikutan isu perbekalan air di negeri tersebut masih memerlukan dana yang besar untuk diselesaikan seperti yang pernah diutarakan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri dan pengurusan AKSB sebagai syarikat pembekalan air terawat di Kelantan pernah mengakui bahawa mereka memerlukan suntikan dana besar bagi menyelesaikan isu perbekalan air.

"Seperti siaran Sinar Harian pada 14 Mei lalu, Pengurus Besar AKSB, Dr Nazmi Ghazali Azmi menyatakan Kelantan memerlukan kewangan sejumlah RM5.03 billion untuk penyelesaian dan itu sepatutnya diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Rabu.

Iklan

Ujar Saifulnizam, pemberian itu juga menguatkan lagi jawapan lisan bernombor 107 di Parlimen pada 21 Julai tahun lalu oleh bekas Menteri Air dan Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa AKSB berhadapan dengan libat urus yang lemah dan tidak kompeten.

"Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed memberi kenyataan bahawa pemberian imbuhan itu sebagai pengamalan biasa seolah-olah mengesahkan perkara tersebut berlaku.

Iklan

"Kami menggesa AKSB memperbetulkan tindakan tersebut dengan membuat kenyataan rasmi berkaitan isu ini segera dan bertanggungjawab,” katanya.

Ketika ini kecoh apabila tular di media sosial satu notis berhubung pemberian sagu hati raya yang didakwa sebanyak RM10,000 diberikan kepada ahli lembaga pengarah dan imbuhan sebanyak RM200 setiap staf syarikat itu.