Jenazah Awang Askandar akan diterbangkan ke Kathmandu

Iklan
Dari kiri: Pengurus pasukan ME 2023, Ayu Wanirah, Azim,Tiong Ling Yang dan malim gunung memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Awang Askandar yang tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal. Foto Ihsan ME 2023.

SHAH ALAM - Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, telah selamat tiba di Everest Base Camp (EBC) kira-kira jam 9.50 pagi waktu Nepal atau sekitar jam 12 tengah hari waktu Malaysia.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, jenazah akan terus diterbangkan ke hospital di Kathmandu sebentar lagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jenazah sebelum itu tiba di kem tiga pada jam 7.00 pagi waktu Nepal dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung dari kem empat.

"Pasukan penyelamat berehat sebentar selepas berhempas pulas selama sembilan jam bergilir-gilir mengusung jenazah dari kem empat dan kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga EBC.

Iklan

"Sebelum diterbangkan ke Kathmadu, kami sempat memberi penghormatan terakhir kepada arwah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jenazah akan dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.

Iklan

Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Allahyarham bersama Muhammad Hawari Hashim, 33, ketika itu sedang melakukan pendakian dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.

Bagaimanapun, Hawari dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu dan dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.