KRPPM - IGAR terima respon positif

Iklan
Syed Ibrahim bersama ahli KRPPM-IGAR dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Cadangan yang dibangkitkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) dalam Dewan Rakyat pada Isnin menunjukkan langkah positif dari segi membawa agenda reformasi dalam institusi.

Cadangan itu merangkumi kebebasan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui pindaan terhadap Akta SPRM 2009, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, penggubalan Akta Pendanaan Politik dan reformasi Parlimen.

Iklan
Iklan

Pengerusi KRPPM-IGAR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerajaan terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah memberi respon yang baik dengan cadangan tersebut dan memaklumkan jawapan-jawapan itu akan dilanjutkan perbincangannya dengan lebih terperinci pada masa akan datang.

"Libat urus akan diteruskan untuk memastikan RUU adalah inklusif dan komprehensif. RUU ini akan dirujuk kepada PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) dan akan turut mengambil kira amalan perundangan sedia ada untuk mengatasi isu dana politik Akta SPRM 2009, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Akta Pendaftar Pertubuhan 1966, Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Kegiatan Wang Haram 2001,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Pengerusi (KRPPM - IGAR), Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Pengerusi KRPPM, Wong Chen dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (*RasuahBusters), Nurhayati Nordin.

Dalam pada itu, ujar Syed Ibrahim, bagi cadangan kebebasan dan transformasi SPRM pula, Seksyen 14 memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) adalah terdiri daripada ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan pembangkang.

Iklan

"JKMR berfungsi bebas daripada pengaruh eksekutif, berperanan menasihati Perdana Menteri dan mengemukakan laporan untuk dibentangkan di majlis Parlimen.

"Bagaimanapun kerajaan amat terbuka terhadap saranan yang dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan SPRM dan ia akan diteliti untuk tindakan sewajarnya,” ulasnya.

Sementara itu, menurutnya, kerajaan juga mempertimbangkan beberapa cadangan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 termasuk penambahbaikan dalam Seksyen 6, 8 serta 11.

"Saya percaya perkara ini kita boleh lihat akan berlaku dan harap terlaksana tahun ini juga,” jelasnya.