JPJ minta pemilik berdaftar kemas kini alamat

Iklan
Mohd Zaki

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan digesa mengemas kini alamat terkini bagi memastikan mereka menerima notis daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menuntut semula kenderaan yang disita.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, pihaknya perlu mengenal pasti pemilik apabila tindakan menyita kenderaan dilakukan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
Iklan

"Selepas tindakan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing.

"Bagaimanapun, masalah timbul apabila pemilik itu tidak datang menuntut kenderaan atau tidak menerima notis kerana telah menukar alamat,” katanya ketika ditemui pada Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Kuala Lumpur Siri 1/2023, di sini, pada Rabu.

Iklan

Mohd Zaki berkata, kenderaan yang disita akan dilelong apabila pemilik gagal menuntut kenderaan mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Zaki memaklumkan lori jenis Hino dibida pada harga tertinggi iaitu RM41,000 dalam Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Siri Kuala Lumpur Siri 2/2023.

Iklan
Antara orang ramai yang hadir dalam Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Kuala Lumpur Siri 1/2023 pada Rabu.

"Sebanyak 96 kenderaan berjaya dilelong dalam acara itu dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM214,690.

"Pada lelongan kali ini, kenderaan 'scrap' dibida dengan harga bidaan tertinggi adalah RM6,000, manakala bagi kenderaan yang boleh dilesenkan, bidaan harga tertinggi adalah lori jenis Hino pada harga RM41,000," katanya.

Beliau berkata, hanya peserta yang membeli dokumen penjualan lelong dan menandatangani perakuan menyertai lelongan sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dalam penjualan lelong terbabit.

"Harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan.

"JPJ juga berhak menarik balik mana-mana kenderaan jika tidak berpuas hati atas harga ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum ditentukan," katanya.