Malaysia dapat sentuhan Yongbo

Iklan
Yongbo.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memberi bayangan awal barisan pemain negara bakal mendapat sentuhan legenda China, Li Yongbo.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya tertarik dengan tawaran Pengarah FreeYond, Datuk Eddie Chai Woon Chet untuk menjadi penghubung antara BAM dan Akademi Li Yongbo di Dongguan, China.

Iklan
Iklan

"Kenapa kami menerima jalinan kerjasama dengan pihak FreeYond disebabkan Datuk Eddie Chai mempunyai hubungan baik dengan Li Yongbo.

"Jadi Datuk Eddie Chai telah berbincang dengan Li Yongbo untuk cuba membawa beberapa pemain kita untuk dihantar ke akademi Li Yongbo di China

Iklan

"Apa yang saya boleh katakan ini adalah sebahagian daripada kerjasama selain dua pertiga daripada perjanjian ini melibatkan wang tunai,” kata Mohamad Norza pada Rabu.

Mohamad Norza (lima dari kanan) dan Eddie Chai (enam dari kiri) pada majlis MoU antara BAM dengan FreeYond di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara BAM dengan FreeYond di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Iklan

Perjanjian penajaan antara BAM dengan FreeYond membabitkan tempoh dua tahun (1 1) dengan nilai tajaan RM2 juta setahun.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata, kehadiran FreeYond itu membuka ruang untuk memulihkan prestasi skuad negara terutamanya membabitkan perseorangan lelaki dan wanita.

"Sebagai permulaan kita akan berbincang untuk menghantar pemain perseorangan lelaki serta wanita dan mungkin kita juga akan menghantar pemain elit dalam melakukan persediaan ke Sukan Olimpik,” jelasnya.