KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam kenyataan pada Rabu, MOF memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).