MN Negeri Sembilan bantah nama baharu Jalan Temiang

Iklan
MN dan beberapa NGO berkumpul bagi menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar berhubung pemilihan nama Dr Chen Man Hin bagi gantikan nama Jalan Temiang yang baharu.

SEREMBAN - Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar berhubung pemilihan nama pengasas DAP, Dr Chen Man Hin bagi menggantikan nama Jalan Temiang yang baharu.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shahrin berkata, mendiang mungkin banyak berjasa kepada DAP tetapi bukan rakyat Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Kami bagi pihak majoriti rakyat Negeri Sembilan menyatakan bantahan dan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Negeri Sembilan menamakan Jalan di Bandar Serembar dengan nama Chen Man Hin.

"Apa alasan dan apa jasa mendiang untuk dirakamkan namanya sebagai nama salah satu jalan utama di bandar Seremban?" katanya pada sidang akhbar di depan bangunan Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Iklan

Memorandum berkenaan diterima Setiausaha Politik Menteri Besar, Nor Azman Mohamad.

Beliau turut berpendapat bahawa ramai lagi tokoh politik setempat yang menabur jasa serta sumbangan dalam membangunkan Negeri Sembilan dan layak untuk diabadikan pada nama jalan di negeri itu.

Iklan

"Jika hendak abadikan ahli politik Negeri Sembilan pada nama jalan, lebih baik angkat nama arwah Datuk Ishak Ismail yang jauh banyak jasanya dengan ketegasan prinsipnya,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri menarik balik keputusan menamakan nama jalan dengan tokoh yang tidak sepatutnya.

Lebih malang beliau mendakwa, nama Jalan Sikamat yang ditukar kepada nama Almarhum Sheikh Mohd Murtadza Ahmad yang merupakan bekas mufti dan sangat berjasa dilihat seolah-olah bagi mengaburi isu itu.

"Tindakan ini seolah menyamakan taraf Almarhum Sheikh Mohd Murtadza dengan mendiang Chen Man Hin.

Selain itu, pihaknya turut menuntut penjelasan berhubung dakwaan wujud salah guna kuasa dalam Syarikat Air Negeri Sembilan.