Sukar bawa Faisal ke Korea Selatan jika terlalu mahal

Iklan
Faisal Halim

HASRAT peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan pemain Selangor FC, Faisal Halim beraksi dalam saingan Liga Korea Selatan mungkin tidak kesampaian sekiranya skuad Gergasi Merah meletakkan harga yang terlalu tinggi.

Ejen bola sepak dari Korea Selatan, Myeongho Jeong memaklumkan masih belum menghubungi pengurusan Selangor FC untuk membawa Faisal ke negara itu.

Iklan
Iklan

"Saya rasa agak sukar untuk membayar (jika terlalu mahal).

"Saya belum bercakap dengan pasukan (Selangor FC) lagi, memandangkan ia sepatutnya (jangkaan perpindahan) jendela pada Julai nanti.

Iklan

"Saya juga sedang menunggu tawaran konkrit dan rasmi dari pasukan Korea yang berminat mendapatkan Faisal,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Jeong sebelum ini mendedahkan dua kelab Korea Selatan iaitu Suwon Samsung FC dan Incheon United berminat dengan khidmat Faisal.

Iklan

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan mana-mana kelab perlu bersedia membayar dengan harga mahal sekiranya berminat untuk mendapatkan pemain sayap lincah itu.

Sebelum ini, Selangor FC juga pernah meletakkan harga kepada bekas pemainnya, Syahmi Safari dengan nilai RM6 juta sekali gus nilai sama atau lebih tinggi akan diletakkan untuk Faisal.

Jeong yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JMH Sports Agency berkata, dia turut memantau beberapa pemain lain yang mungkin berpotensi untuk dibawa ke Liga Korea Selatan.

"Saya akan terus melihat potensi lebih ramai lagi pemain lain,” katanya.