PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan pekarangannya pada 21 Mei, sambil menyifatkan perbuatan itu adalah provokasi dan pencerobohan jelas terhadap status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Malaysia mengulangi gesaan agar anggota masyarakat antarabangsa meminta rejim Israel bertanggungjawab ke atas provokasi dan pencerobohan berterusan yang memburukkan lagi keadaan.