Pelajar MRSM terlibat kes buli akan diberhentikan - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi - Foto Bernama

SHAH ALAM - Semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terlibat dengan kes buli dan pukul seperti yang dilaporkan pada Jumaat lalu akan diberhentikan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran Facebooknya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, selepas menerima laporan daripada Bahagian Pendidikan Mara, semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan.

"Tiada kompromi dalam isu buli dan pukul. Saya telah terima laporan dan semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM,” katanya.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal mengesahkan menahan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini bagi membantu siasatan kes buli.

Kejadian berlaku pada jam 11 malam itu membabitkan mangsa pelajar Tingkatan Tiga di tandas lelaki Blok B bangunan sekolah berkenaan.

Iklan

Difahamkan, mangsa dikatakan dipukul oleh pelajar Tingkatan Lima disebabkan alasan lambat turun untuk solat Subuh.

Tambahnya, tangkapan dibuat pada hari sama pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa.

Dalam pada itu Asyraf Wajdi turut menangkis dakwaan bahawa wujud usaha menutup kes berkenaan daripada sebarang tindakan.

"Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” ujar beliau.