Young Tigers perlu segera sesuaikan diri keadaan cuaca

Iklan
Keadaan cuaca antara cabaran yang perlu dihadapi skuad hoki remaja negara di Oman.

FAKTOR cuaca dijangka menjadi ujian kepada karakter skuad hoki remaja negara apabila berdepan Bangladesh dalam perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 pada Khamis.

Namun pengendali The Young Tigers, Muhamad Amin Rahim menegaskan fizikal dan mental anak-anak buahnya perlu segera menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Iklan
Iklan

Jelasnya, cuaca sangat memainkan faktor utama dalam mempengaruhi persembahan pasukan dalam Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 ini.

"Biarpun begitu pengalaman para pemain yang beraksi dalam Sukan SEA Kemboja 2023 ternyata memberi sedikit kelebihan bermain dalam keadaan cuaca sebegini.

Iklan

"Apapun ingin saya tegaskan di sini cuaca bukan alasan untuk tidak mempamerkan persembahan meyakinkan seperti dibuktikan ketika menang ke atas Uzbekistan.

"Jadi saya amat berharap momentum ini kekal berterusan kerana perlawanan menentang Bangladesh, kita akan beraksi jam 3.30 petang, yang cuaca lebih panas berbanding aksi menentang Uzbekistan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu,

Iklan

Terdahulu The Young Tigers menyingkap kempen Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman, langkah kanan apabila membelasah Uzbekistan, 8-1 dalam aksi Kumpulan B pada Selasa.

Pesta gol The Young Tigers dijanakan hatrik pukulan sudut penalti T Perabu minit ketujuh, kesembilan dan 18.

Skuad muda negara terus melebarkan jaringan menerusi Alfarico Lance Liau Jr (m-12), Shahmie Irfan Suhaimi (m-26).

Turut menjadi penjaring, Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar (m-27), Mughni Mohamad Kamal (m-43) dan Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari (m-52).

Sementara itu, gol saguhati pasukan Uzbekistan dijelmakan hasil gol padang Shavkatjon Kakhramonov pada minit ke-55.

Mengulas empat gol daripada 12 kelebihan pukulan sudut penalti selain empat gol padang daripada jumlah keseluruhan lapan gol Muhamad Amin berkata,"Empat gol dari 12 pukulan sudut penalti (35 peratus) peratusan yang agak kurang baik dari segi penyudah pasukan.

"Namun para pemain berjaya menjaringkan gol padang, ini membuktikan skuad muda negara mempunyai keupayaan menjaringkan gol dari dua sudut jaringan sekali gus petanda positif buat pasukan.”