PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan persembahan para pemainnya walaupun diikat 1-1 dengan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL,) pada Khamis.
Buat pertama kali sejak Februari, City gagal meraih tiga mata penuh selepas gol penyamaan menakjubkan oleh pemain remaja Brighton, Julio Enciso memadam gol pembukaan Phil Foden sekali gus menamatkan rekod kemenangan 12 perlawanan juara EPL itu.
Iklan
Iklan
Satu mata itu sudah mencukupi buat Brighton untuk mengesahkan kedudukan di tangga keenam liga dan layak ke Liga Europa musim depan.
City mempunyai satu lagi perlawanan liga sebelum perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester United dan kemudian bakal mengharungi penentuan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.
"Permainan yang luar biasa. Tahniah kepada Brighton kerana layak layak ke Liga Europa.
"Hanya 48 jam sebelum mereka minum kesemua alkohol di Manchester. Hari ini mereka menunjukkan kenapa mereka adalah juara.
"Kami menunjukkan apa yang telah kami lakukan dengan dan tanpa bola. Saya tidak nampak penurunan dalam intensiti dan idea kami. Mereka mempunyai peluang, kami mempunyai peluang, kami menjaringkan gol dan mereka juga menjaringkan gol," katanya.