Aiskrim rumpai laut tempatan inovasi Jabatan Perikanan, Mardi

Iklan
Pengarah Urusan QAF Foods Fifi Norbaizura Mohd salim menunjukkan ais krim rumpai laut yang dipanggil Sweedties pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Ais Krim Rumpai Laut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Rumpai laut tempatan kini boleh dinikmati dalam bentuk aiskrim yang enak selain kaya dengan anti-oksidan, vitamin dan mineral.

Aiskrim tersebut yang dikenali sebagai Sweedties merupakan inovasi Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Iklan
Iklan

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Sweedties berkata rumpai laut merupakan hasil pertanian yang berpotensi besar dan mampu memberi pulangan lumayan dimana ia juga boleh digunakan untuk membuat beg plastik biodegradable yang mesra alam.

Salahuddin berkata dua lokasi yang telah dikenalpasti akan dibangunkan sebagai hab rumpai laut negara iaitu Semporna dan Sandakan di Sabah.

Iklan

Mengenai aiskrim rumpai laut, beliau berkata, bagi menggalakkan usahawan tempatan menceburi industri pemprosesan makanan program Padanan Perniagaan dan Kursus Pembuatan Aiskrim diperkenalkan.

"Setakat ini 15 usahawan rumpai laut sudah mendaftar dalam program itu dan jumlahnya dijangka mencecah 50 orang menjelang penghujung tahun ini,” katanya. - Bernama

Iklan