Program Kembara Media

Iklan
Seramai 21 pengamal media bergambar berlatarbelakangkan Bukit Lembah Damai, Batu Caves sewaktu menyertai Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Seramai 21 orang pengamal media memulakan pendakian di Bukit Lembah Damai, Batu Caves sewaktu menyertai Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program empat hari dari 8 hingga 11 Mei itu bertujuan menikmati keindahan serta landskap pelancongan yang terdapat di kedua-dua negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

Pendakian bermula sekitar pukul 10 pagi di Lembah Damai ditemani beberapa petugas Wira Adventure Consultant yang bertanggungjawab memastikan pendakian berjalan lancar.