PTPTN, Unimas jalin kerjasama budaya menabung

Iklan
Ahmad Dasuki (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU dengan Dr Mohamad Kadim (dua dari kanan) di Rumah Universiti, Unimas, Sarawak.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memastikan pembudayaan penabungan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dalam kalangan pelajar universiti itu.

MoU tersebut dimeterai oleh Naib Canselor Unimas, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid di Rumah Universiti, Unimas, Sarawak.

Iklan
Iklan

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, melalui MoU ini, PTPTN dan Unimas bersetuju untuk memastikan pembudayaan penabungan melalui Simpan SSPN, meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai bayaran balik pinjaman serta memperkasakan penyelidikan dan pembangunan untuk memasarkan produk Simpan SSPN.

"PTPTN dan Unimas bersetuju untuk bekerjasama merangkumi pelbagai skop antaranya mengadakan melalui pelbagai program pembudayaan penabungan Simpan SSPN bagi seluruh warga Unimas penyaluran biasiswa atau bantuan kewangan pelajar yang disediakan Unimas melalui akaun Simpan SSPN Prime.

Iklan

"Jaringan kerjasama di dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Unimas dan PTPTN dan peluang mengadakan program Job Matching yang akan memberi manfaat buat graduan Unimas,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selaras dengan tujahan"Community-Driven University” Unimas berupaya menjadi kampus contoh budaya penabungan bijak dengan pelbagai program penyampaian informasi oleh PTPTN, yang dijangka dapat memberi manfaat buat komuniti pelajar universiti yang berjumlah hampir 16,500 orang.

Iklan

"Unimas yang diwakili oleh Pusat Khidmat Pelajar, HEPA merupakan sebuah universiti di Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan dan menguatkan program pembelajarannya dan telah mengambil banyak inisiatif dalam melengkapkan kecemerlangan pendidikannya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, dengan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran, pengalaman dan kumpulan pakar pelbagai bidang di kalangan kakitangannya, Unimas telah melaksanakan banyak kerjasama kolaboratif dengan pelbagai pihak dalam usahanya untuk meningkatkan pengisian penyelidikan dan mengukuhkan jaringan industrinya.

"Diharap dengan kerjasama ini dapat memberikan impak positif kepada PTPTN dan Unimas dalam memastikan para pelajar lebih cakna dan berpengetahuan mengenai perancangan kewangan melalui Simpan SSPN,” kata kenyataan itu.

PTPTN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited membudayakan agenda penabungan untuk perancangan kewangan rakyat Malaysia Simpan SSPN di samping menyediakan pinjaman bagi tujuan pendidikan tinggi.

Simpan SSPN merupakan instrumen simpanan yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Hasrat PTPTN adalah untuk membantu ibu bapa dan pelajar agar mempunyai perancangan kewangan yang baik demi masa depan pendidikan agar tidak terbeban dengan hutang.

Melalui perancangan kewangan, graduan tidak terlalu bergantung kepada pinjaman semata-mata sebaliknya menggunakan simpanan untuk menampung kos pengajian mereka.