Penonton basah kuyup tonton 'Avengers: Endgame'

Iklan
Situasi cemas penonton apabila secara tiba-tiba pancuran air keluar dari siling pawagan.

BANGKOK - THAILAND. Peminat filem 'Avengers: Endgame' di pawagan Ratchaburi, Thailand di sini, tergamam apabila dikejutkan dengan pancuran air dari siling dewan.

Lebih malang, penonton itu terpaksa keluar selepas diarahkan berbuat demikian tanpa sempat mengetahui penghujung filem yang amat dinanti-nantikan itu.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Daily Mail, pihak kakitangan pawagam berkata, alat pemercik air itu secara tiba-tiba pecah akibat gelombang panas yang mencatat suhu mencecah 40 darjah Celcius.

Pihak pawagam memohon maaf atas kejadian dan penonton terlibat diberikan tiket percuma 'Avengers: Endgame' untuk kembali menonton filem itu sehingga ke pengakhirannya.

Iklan

Salah seorang penonton, Wittawat Hanvanich, 30, mengakui kecewa dengan apa yang terjadi namun bercadang untuk menonton semula kelak.

”Saya kecewa dengan apa yang terjadi. Mereka perlu belajar mengendali sistem pancuran air mereka.

Iklan

"Bagaimanapun mereka menangani masalah tersebut dengan baik dan saya akan kembali untuk menonton End Game semula,” katanya.

Filem 'Avengers: Endgame' dilapor mencatatkan kutipan RM4.9 bilion di seluruh dunia sejak ditayangkan pada 26 April lalu.