COLOMBO - SRI LANKA . Kerajaan Sri Lanka hari ini menarik balik larangan ke atas platform media sosial yang bertujuan menyekat penyebaran khabar angin selepas siri serangan berdarah ke atas beberapa hotel dan gereja yang menggemparkan negara itu pada 14 April lalu.
Kawalan keselamatan di negara itu bagaimanapun kekal di tahap berjaga-jaga selepas pihak berkuasa mendapat laporan risikan tentang ancaman serangan baharu sebelum Ramadan.