Bakar teman wanita hamil: Polis rekod keterangan 10 individu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SUNGAI BESAR - Polis sudah merekodkan keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki membunuh dan membakar teman wanitanya di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kesemua individu berkenaan melibatkan saksi-saksi kejadian termasuk suspek utama.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang tangkapan lain dilakukan setakat ini," katanya ketika dihubungi pada petang Khamis.

Agus Salim turut memberitahu, proses bedah siasat mangsa dijangka dilakukan Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

Iklan

"Perkara itu (bedah siasat) melibatkan urusan hospital, namun setakat ini mayat mangsa belum diserahkan kepada keluarga," ujarnya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di sini pada Isnin.

Iklan