'Hati-hati terima informasi tular' - Syeikh Dr Ali Jum’ah

Iklan
Dari kanan: Habib Umar, Amirudin, Anwar dan Dr Ali Jum'ah semasa Muzakarah Ulama-Umara di Hotel Concorde Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Seluruh umat Islam diingatkan untuk berhati-hati dalam menerima sebarang perkhabaran atau informasi yang tular lebih-lebih lagi di media sosial.

Bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah berkata, ramai individu kini memperkatakan tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Iklan
Iklan

"ALLAH SWT melarang kita daripada mengikuti sesuatu perkara yang sia-sia kerana segala pendengaran dan penglihatan akan dipertanggungjawabkan kelak,” katanya ketika berucap pada Muzakarah Ulama-Umara di Hotel Concorde di sini pada Khamis.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengasas Darul Musthafa Tarim Yaman, Al Habib Umar Hafidz.

Iklan

Dalam pada itu, Ali Jum’ah turut menasihatkan kepada hadirin dan seluruh umat Islam khususnya di Malaysia untuk sentiasa menjaga kata-kata.

Ujar beliau, setiap kata-kata itu umpama satu kawalan terhadap diri masing-masing meskipun benar

Iklan

"Imam Syafie pernah berkata, sama ada aku betul atau salah, aku tidak akan bersumpah dengan nama ALLAH SWT,” tambahnya.

Sementara itu, Habib Umar dalam majlis berkenaan mengingatkan tentang kepentingan kasih sayang yang mesti ada dalam diri setiap Muslim.

Jelas beliau, perkara itu merupakan tuntutan utama di dalam agama Islam.

"Semoga ALLAH SWT mengekalkan kebaikan kepada negara ini,” katanya.