RANTAU PANJANG -"Dengan hujan lebat berterusan, tak mustahil banjir akan melanda malam ini," demikian luahan penduduk, Yaakob Che Mamat, 73, yang ditinggal berhampiran kawasan Sungai Golok di sini.
Yaakob yang tinggal di Kampung Dangar berkata, berpandukan kepada pengalamannya tidak mustahil perkara itu akan berlaku sekiranya hujan berterusan.
"Mahu atau tidak, penduduk di Rantau Panjang khususnya di kawasan rendah perlu bersiap sedia untuk menghadapi banjir," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun dia dan keluarga sudah membuat persiapan awal untuk menghadapi musim banjir.
Sementara itu, laman sesawang Infobanjir.water.gov.my setakat jam 12 tengah hari menunjukkan paras air Sungai Golok sudah berada pada paras amaran iaitu 8.73 berbanding waspada 7.00
Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa kawasan rendah seperti Kampung Lachang, Teresang, Tok Deh, Bongor dan Kelawar sudah ditenggelami air.