Cabutan bertuah sepanjang PBAKL

Iklan
Pembeli yang mengunjungi reruai Karangkraf sepanjang PBAKL tidak akan pulang dengan tangan kosong.

SHAH ALAM - Grup Buku Karangkraf menawarkan cabutan bertuah bagi pembelian sebanyak RM100 ke atas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 yang akan bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun.

Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Anis Syamila Abdul Halim berkata, cabutan bertuah tersebut akan dilakukan secara terus sepanjang PBAKL diadakan.

Iklan
Iklan

Katanya, jumlah cabutan yang disediakan tidak terhad dan terbuka kepada semua pengunjung yang memenuhi syarat pembelian.

ANIS SYAMILA

"Kita mengambil inisiatif bagi memberi peluang kepada pembeli untuk pulang dengan tawaran menarik dan pelbagai hadiah,” katanya pada Khamis.

Iklan

Tambah Anis Syamila, pihaknya sentiasa mengutamakan pembeli agar tidak pulang dengan tangan kosong ketika mengunjungi reruai Karangkraf di PBAKL.

"Selain itu, kami turut mengadakan sesi bersama penulis melalui ‘Meet & Greet’. Seramai 25 penulis akan bersama-sama kita sepanjang PBAKL.

Iklan

"Pengunjung berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan penulis kesayangan masing-masing,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai hadiah misteri secara percuma disediakan untuk 50 pembeli terawal setiap hari.

Ditanya mengenai jumlah kehadiran pengunjung, Anis Syamila memberitahu, pihaknya menjangkakan sebanyak 20,000 orang akan datang ke reruai Karangkraf.

"Kami yakin akan mencapai jumlah tersebut kerana pelbagai aktiviti menarik sedang menunggu para pengunjung.

"Inilah masanya untuk orang ramai memborong buku-buku Karangkraf dari pelbagai peringkat umur sama ada golongan kanak-kanak, pelajar sekolah mahupun dewasa,” jelasnya.

SESI MEET & GREET HARI INI

Nur Khairiah & Ashraf (Siri Cendekiawan Islam)

11 pagi - 12 tengah hari

Nurul Syahida (Petrichor)

12.30 tengah hari - 1.30 petang

Wan Nur Syakira (Berbual dengan Anak tentang Seksualiti)

3.30 petang - 4.30 petang

Azzah AR, Umi Danial, Shazlina Md Isa, Nur Khairiah (Cerita Rakyat)

5 petang - 6 petang