Pelaburan RM10.54 bilion untuk bina lebih banyak hotel - King Sing

Iklan
Tiong King Sing - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM10.54 bilion diperuntukkan untuk membina 65 buah hotel kategori mewah bagi menampung peningkatan pelancong di negara ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu, daripada jumlah itu, 22 buah hotel akan dibuka tahun ini, 16 hotel pada tahun 2024 manakala lima hotel lagi pada 2025.

Iklan
Iklan

"Ini seharusnya menjadi penanda baik bahawa negara kita terus dihargai oleh pelancong dan industri pelancongan serta hotel terus berkembang pesat.

"Tetapi kami masih menerima aduan dan maklum balas negatif daripada pelancong mengenai keadaan hotel mereka terutama isu kebersihan, kurang sopan di kaunter daftar masuk serta kurang memuaskan pada perkhidmatan bilik," katanya semasa berucap di program Hospitality Leadership Conference pada Khamis

Iklan

Sebelum ini, Tiong menjelaskan, kementeriannya sedang mengkaji semula sistem penarafan hotel dan premis makanan dan minuman, terutama di lokasi tumpuan pelancong luar negara.

Jelasnya, MOTAC menerima banyak aduan daripada pelancong mengenai keadaan perkhidmatan hotel dan restoran di negara ini. - Awani

Iklan