'Semangat Tina Turner sangat kuat, berjuang hingga ke akhir hayat'

Iklan
Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun.

SEBAGAI seorang kenalan, tiada apa yang paling utama bagi penyanyi legenda dunia, Cher selain daripada meluangkan masa menemani Tina Turner ketika sahabatnya itu sedang berjuang untuk meneruskan hidup akibat penyakit yang dideritainya.

Mendedahkan pengalaman menghabiskan masa bersama mendiang Turner yang meninggal dunia pada Rabu, Cher berkata, apa yang dikaguminya mengenai rakan seperjuangannya itu ialah beliau memiliki semangat yang cukup kuat dalam mengharungi penderitaan itu.

Iklan
Iklan

"Beliau telah berjuang melawan penyakit ini untuk waktu yang lama dan beliau begitu kuat seperti yang anda bayangkan.

"Dan pada penghujungnya, dia memberitahu saya yang dia benar-benar sudah bersedia. Dia tidak mamapu untuk bertahan lagi (menahan sakit)," kata Cher dalam wawancara bersama saluran berita MSNBC.

Iklan

Walaupun tidak menyebut penyakit yang dideritai oleh Turner, namun, Cher berkongsi terdapat mesin dialisis di rumah mendiang penyanyi tersohor dunia itu ketika mengunjunginya.

Menurut Cher lagi, Turner sangat gembira menerima kunjungan daripada sahabat-sahabatnya.

Iklan

"Saya mula menziarahinya kerana saya fikir saya perlu meluangkan waktu ini untuk persahabatan kami, supaya dia tahu kami tidak melupakannya," kenang Cher.

"Justeru kami semua bergilir pergi dan menghabiskan waktu bersamanya dan itu membuatnya gembira.”

Bahkan, dalam pertemuan itu, Cher mendedahkan dia dan mendiang Turner sering ketawa.

Cher turut berkongsi dia mengenali Turner sejak sahabatnya itu berkahwin dengan Ike Turner.

Pada pertemuan terakhir ketika mengunjungi Turner di kediamannya di Switzerland, Cher pulang beserta hadiah istimewa diberikan oleh sahabatnya itu.

"Beliau beri saya sepasang kasut pada pertemuan terakhir kami,” kata Cher.

"Kasut jenis apa?” tanya penyampai berita.

"Kasut Tina Turner!" jawab Cher pula.

Pada Rabyu, Turner yang juga bintang rock and roll dunia menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun di kediamanya di Zurich, Switzerland.

Penyanyi veteran malar segar itu yang sangat terkenal menerusi lagu What’s Love Got To Do With It itu telah menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu.

Turner dilahirkan sebagai Anna Mae Bullock di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di ladang seluas 260,000 kaki persegi di Tasik Zurich.

Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.

Semasa hayatnya, Turner berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia, memenangi 12 anugerah Grammy dan telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.

Penyanyi itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis.

Turner bagaimanapun berjaya bangkit semula dan mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia. - Agensi