PEMAIN sensasi, Mohamed Salah meluahkan rasa kecewa di atas kegagalan Liverpool beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.
Beliau berkata, tiada alasan di atas kegagalan itu kerana The Reds memiliki sebuah pasukan yang mantap dan serba lengkap.
Manchester United mengesahkan tempat terakhir dalam empat kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Jumaat.
Kemenangan 4-1 United ke atas Chelsea memastikan Red Devils akan menyertai Manchester City, Arsenal dan Newcastle sebagai wakil England dalam pertandingan kelab elit Eropah musim depan.
"Saya benar-benar kecewa. Tidak ada alasan.
Pemain Mesir itu meledak 30 gol dalam semua pertandingan musim ini.
The Reds mengalami kemerosotan prestasi secara drastik dalam musim ini yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kebangkitan pada lewat musim terlalu singkat dan 10 perlawanan tanpa kalah hanya menjamin tempat kelima untuk beraksi di Liga Europa musim depan.
"Kami adalah Liverpool dan perlu layak ke pertandingan itu. Saya minta maaf tetapi terlalu cepat untuk tidak merasa kecewa atau optimistik.
"Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri," ujar Salah yang menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun bersama The Reds.
Musim depan akan menjadi kali pertama Liverpool tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak Salah menyertai kelab itu pada 2017.