KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tenang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta
Muhyiddin mohon kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta
'Saya tidak mampu bayar denda' - Muhyiddin
Muhyiddin selesai bayar ikat jamin RM2 juta