Bayi lapan bulan derita penyakit kulit, masalah usus
Iklan
Wan Zalilah (kiri) menunjukkan keadaan penyakit kulit yang dialami oleh anak kepada pasangan Muhammad Khairiel dan Norhaslina. Wan Zalilah (kiri) menunjukkan keadaan penyakit kulit yang dialami oleh anak kepada pasangan Muhammad Khairiel dan Norhaslina.
Wan Zalilah (kiri) menunjukkan keadaan penyakit kulit yang dialami oleh anak kepada pasangan Muhammad Khairiel dan Norhaslina.
TUMPAT - Pasangan orang kurang upaya (OKU) kategori lembam buntu memikirkan nasib bayi sulung mereka berusia lapan bulan yang menderita penyakit kulit sejak dilahirkan.
Lebih menyedihkan lagi apabila Muhammad Khair Haziq Muhammad Khairiel hanya mampu memakai lampin pakai buang sahaja susulan cuaca panas membahang yang sedang melanda ketika ini.
Iklan
Iklan
Cahaya mata kepada pasangan Muhammad Khairiel Mat Ariff, 24, dan Norhaslina Che Mud, 27, itu pada masa sama turut diuji dengan masalah usus serta lidah pendek.
Menurut Muhammad Khairiel, bayinya kini terpaksa bergantung kepada susu bernilai RM104 setin seberat 400 gram yang hanya bertahan selama empat hari.
Keluarga bayi alami sakit kulit menerima kunjungan The3rd Force di rumah sewa di Kampung Tanjong Kuala, Tumpat. Keluarga bayi alami sakit kulit menerima kunjungan The3rd Force di rumah sewa di Kampung Tanjong Kuala, Tumpat.
Keluarga bayi alami sakit kulit menerima kunjungan The3rd Force di rumah sewa di Kampung Tanjong Kuala, Tumpat.
Iklan
"Susu ini perlu untuk merawat masalah kulit dan setiap bulan RM2,500 diperlukan bagi menyediakan kelengkapan tersebut.
Sebelum itu, keluarga tersebut menerima kehadiran The3rd Force yang diketuai oleh Wan Zalilah Shafie.
Iklan
Ujarnya, sebagai pembantu kedai perkakasan rumah dengan pendapatan RM1,000 sebulan belum mencukupi untuk menampung rawatan anaknya walaupun menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450.
"Saya perlu bayar sewa rumah RM100 sebulan namun disebabkan situasi dihadapi, pemilik rumah beri kebenaran untuk tinggal di sini dan hanya bayar bila ada duit.Bayi lapan bulan derita penyakit kulit, usus, lidah pendek
"Saya juga rancang untuk ambil upah kutip sampah dari rumah ke rumah tapi ia sukar dilakukan kerana tidak mempunyai motosikal roda tiga. Hanya kerja seperti ini saya mampu lakukan kerana kami tidak boleh menulis dan membaca," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun RHB Bank 1-53016-0019745-8.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com