Elak ketirisan sumber negara - Pemangku Raja Perlis

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin - Foto Bernama

LANGKAWI - Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar berusaha mengelakkan berlakunya ketirisan sumber negara.

Baginda bertitah, tanggungjawab itu bukannya mudah tetapi perkara itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memahami kesan-kesan buruk ketirisan.

Iklan
Iklan

"Semua pihak mempunyai tanggungjawab moral masing-masing. Oleh itu wajar sekali nilai-nilai murni sejagat dan kesedaran keagamaan diterapkan secara berterusan ke dalam minda setiap anggota masyarakat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Iklan

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia bertitah, seluruh jentera kerajaan diseru bertindak dengan cekap dan bijaksana dalam menguruskan sumber-sumber dan keutamaan negara serta organisasi.

Iklan

‘Pembangunan sumber manusia tidak boleh diabaikan, malah perlu terus ditambah baik agar segala program dan projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan menepati matlamatnya.

"Pada masa yang sama kerjasama lebih erat dan inisiatif daripada semua pihak, termasuk sektor swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan diperlukan untuk merancakkan lagi agenda pembangunan negara kita," titah baginda. - Bernama