Rexy bengang keputusan kontroversi pengadil

Iklan
Rexy berkata sesuatu kepada Olennikov di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi. - Foto Flash Sukan

AKSI suku akhir Masters Malaysia 2023 antara beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah dan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi benar-benar 'panas'.

Ia gara-gara beberapa keputusan kontroversi pengadil dari Serbia, Alexander Olennikov yang secara tiba-tiba memberhentikan perlawanan ketika pertarungan di set ketiga.

Iklan
Iklan

Situasi itu nyata membangkitkan kemarahan Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang pantas meluru ke arah Olennikov.

"Pemain penat ketika rali panjang, tetapi pengadil berhentikan permainan kerana melihat jurulatih Jepun sedang bercakap kepada pemainnya.

Iklan

"Saya terus bangun dan mengadu kerana mereka juga bekas pemain dan harus faham pemain sememangnya penat. Ini kali pertama saya berdepan insiden sebegini," kata Rexy.

Sebelum itu, Rexy turut mempersoalkan tindakan pengadil yang menegur Thinaah walaupun dia tidak membuat kesalahan pada penghujung set kedua.

Iklan

Pengadil mendakwa Thinaah telah menghempas raket, namun Rexy menafikannya dan menganggap itu hanya reaksi biasa.

"Peraturan badminton terlalu ketat seperti pemain tiada kebebasan. Peraturan badminton ikut seperti tenis tetapi semuanya seperti tak sama bila pemain tiada hak mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rexy berkata, kemenangan 13-21, 21-19, 21-16 Pearly-Thinaah ke atas Fukushima-Hirota hasil kesabaran yang tinggi ditunjukkan anak-anak buahnya.

"Ya mereka berjaya mengikut arahan dan bermain dengan cukup baik. Saya harap mereka terus konsisten dalam aksi separuh akhir esok,” ujarnya.