Gempa bumi 6.4 skala Richter gegar Tokyo

Iklan
Gempa bumi kuat landa Tokyo pada jam 7 petang waktu tempatan. - Foto Agensi

TOKYO - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan bangunan di Tokyo pada Jumaat, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan kemalangan jiwa.

Menurut Jabatan Meteorologi Jepun, gempa bumi melanda pantai wilayah Chiba, timur Tokyo pada jam 7 petang (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Gegaran menyebabkan perkhidmatan kereta api dihentikan seketika dan Lapangan Terbang Narita yang merupakan pintu masuk ke Tokyo ditutup sementara waktu.

Pihak berkuasa nuklear negara berkenaan berkata, tiada tanda kebocoran dikesan di sekitar loji nuklear di kawasan tersebut.

Iklan

Agensi meteorologi menambah, gempa itu berkedalaman 50 kilometer (km) manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memberikan kedalaman hampir sama iaitu 40 km.

Pada awal Mei lalu, gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter melanda wilayah Ishikawa yang menyebabkan seorang maut dan 49 cedera. - AFP

Iklan