Axiata tumpu cipta masa depan digital

Iklan
Axiata Group Bhd akan terus memenuhi keperluan digital pelanggan walaupun berdepan persekitaran operasi yang pesat berubah.

AXIATA Group Berhad (Axiata) meneruskan untuk memberi tumpuan dalam mencipta masa depan digital kepada pelanggan selain meningkatkan nilai pemegang taruh (stakeholder).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata, Vivek Sood berkata, ia bagi membina strategi syarikat tersebut untuk berkembang menjadi Telco Digital generasi akan datang yang pelbagai.

Iklan
Iklan

"Axiata mempunyai prestasi kewangan kukuh dan terus memenuhi keperluan digital pelanggan walaupun persekitaran operasi yang pesat berubah dengan digariskan oleh halangan ekonomi makro.

"Kami kekal berdaya tahan selain mengukuhkan asas dengan penciptaan nilai yang mampan. Antara langkah dibuat termasuk penggabungan Celcom-Digi dan memulakan penubuhan bank digital di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Vivek berkata, walaupun kecemerlangan dalam prestasi operasi kekal sebagai pemboleh utama kejayaan, namun pihaknya akan terus kekal fokus pada perjalanan transformasi.

Menurut Vivek, Axiata boleh terus memainkan peranan penting dalam menyokong perniagaan dan komuniti untuk memajukan pertumbuhan selain membina kejayaan kolektif ke arah masa depan yang didayakan secara digital.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 yang diadakan pada Jumaat menyaksikan pemegang saham menyatakan sokonga berterusan kepada kumpulan tersebut ketika menghadapi tempoh yang mencabar dan sukar.

Menurut Shahril Ridza, Axiata telah menunjukkan pendekatan berhemat dan progresif dalam meningkatkan daya tahan keseluruhannya yang dicapai oleh keupayaan pelaksanaan secara kukuh selain ketangkasan kumpulan tersebut.

Jelasnya, kemampanan dan tindakan terhadap iklim terus menjadi tumpuan penting Axiata.

"Axiata juga merumuskan Jawatankuasa Kelestarian Lembaga Pengarah dan memperbaharui Rangka Kerja Kemampanan untuk memacu aspirasi ke arah memajukan masa depan digital, di mana orang ramai, planet dan perniagaan boleh berkembang maju secara kolektif.

"Menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Karbon Axiata Net-Zero pada 2022 selaras dengan Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi), Axiata mula menerima cadangan Pasukan Petugas mengenai Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) yang dirancang pada tempoh tiga tahun.

"Pelaksanaan berkenaan dijangka dapat menyediakan perniagaan untuk mengurangkan kesan dan risiko iklim selain merealisasikan peluang masa depan," jelasnya.