Abang maut, adik selamat kereta langgar pembahagi jalan

Iklan
Keadaan kereta yang dinaiki dua beradik terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 34 Lebuh Raya Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut, manakala adiknya terselamat apabila kereta BMW yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 34 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di sini pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.06 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

"Kereta yang dinaiki dua beradik berusia 35 dan 37 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Wan Md Razali berkata, akibat kemalangan tersebut, seorang mangsa terperangkap di bahagian penumpang hadapan dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

"Mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala adik mangsa tidak mengalami kecederaan telah bertindak keluar sendiri sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Iklan

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.