PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan acara 100 meter (m) di kedudukan ke-11 pada saingan suku akhir divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, pagi tadi waktu Malaysia.
Menurut laman sesawang kejohanan, https://flashresults.ncaa.com/Outdoor/2023/FirstRounds/East/001-2.pdf, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.