SAC agih 1,000 lembu, kambing korban kepada fakir, miskin

Iklan
Asma memberikan jerami sebagai makanan lembu di Ladang Ternak Ummah Kampung Sungai Yu di sini pada Sabtu.

TANJONG KARANG - Sahabat Amal Care (SAC) akan mengagihkan sebanyak lebih 1,000 lembu dan kambing korban kepada golongan asnaf fakir dan miskin di seluruh negara sempena Aidiladha ini.

Penaung SAC, Ustazah Asma Harun berkata, projek yang dilaksanakan Ladang Ternak Ummah itu merupakan tahun ketiga selepas penubuhannya pada Oktober 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penagihan itu akan dibuat selama tiga hari di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ladang Ternak Ummah di Kampung Sungai Yu di sini pada Sabtu.

Iklan

Asma yang juga penceramah bebas berkata, sebanyak 5,000 golongan asnaf fakir dan miskin dijangka menerima agihan daging berkenaan.

Katanya, pemberian agihan daging itu hasil daripada infak orang ramai yang melaksanakan ibadah korban melalui SAC.

Iklan

Bagaimanapun beliau memberitahu, pendaftaran ibadah korban bersama pihaknya pada tahun ini menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu.

"Kita tahu ekonomi mencabar dan sangat perlahan, malah orang ramai pula ketika ini dilihat lebih cenderung melakukan ibadah korban di luar negara kerana harganya jauh lebih rendah

"Namun, kami tetap perjuangkan pelaksanaan korban dalam negara kerana jumlah asnaf fakir dan miskin di negara ini semakin meningkat," ujar beliau.