Agong beri sumbangan peribadi kepada waris anggota tentera maut nahas

Iklan
Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik, kepada waris mangsa di Pusat Latihan Asas Rekrut Tentera Darat Kem PUSASDA Port Dickson, Negeri Sembilan. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya di Sungai Besar, Selangor, Rabu lepas.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik, kepada waris mangsa di Pusat Latihan Asas Rekrut Tentera Darat (PUSASDA) Kem PUSASDA Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada Puan Noor Erna Yuliawaty Ibrahim dan Puan Nurliayana Abdul atas pemergian suami masing-masing ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.

"Seri Paduka Baginda turut mezahirkan harapan agar Puan Noor Erna Yuliawaty dan Puan Nurliayana serta keluarga masing-masing tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Sabtu.

Iklan

Dalam kejadian pada 17 Mei lepas, seorang pegawai dan anggota tentera masing-masing berusia 28 dan 49 tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Besar.

Kedua-dua mereka yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal dari Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - Bernama

Iklan