Pearly-Thinaah gah sambar tiket final Masters Malaysia

Iklan
Pearly dan Thinaah mengesahkan kemaraan ke final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Sabtu. - Foto Bernama

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terus mencipta sensasi apabila berjaya melangkah ke pentas final Masters Malaysia 2023 sebentar tadi.

Dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, Pearly-Thinaah yang tampil selaku pilihan keenam kejohanan menewaskan beregu berpengalaman Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-21.

Iklan
Iklan

Sama seperti dalam dua aksi sebelum ini iaitu di pusingan kedua dan suku akhir, semangat luar biasa dan tidak pernah kenal erti mengalah menjadi faktor utama kejayaan Pearly-Thinaah.

Biarpun ketinggalan jauh terutama di set kedua, mereka tetap menampilkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengejar lawan yang juga pilihan kelima kejohanan bagi menoktahkan kemenangan.

Iklan

Dalam aksi pusingan kedua pada Khamis, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-11 dunia berjaya mencipta antara rekod rali terpanjang dunia dengan melakukan 211 pukulan ketika menentang beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.

Mereka sekali lagi tampil bergaya apabila menidakkan cabaran satu lagi wakil handalan Jepun, Fukushima-Hirota dalam aksi suku akhir yang berlangsung hampir dua jam.

Iklan