WASHINGTON - Presiden AS Joe Biden berkata pekerja perkhidmatan rahsia sedang berusaha untuk memastikan kediamannya kalis peluru, lapor Sputnik.
"Perkhidmatan Rahsia sedang mengusahakan agar kediaman saya -- kalis peluru... Akan mengambil masa selama lima minggu. Jadi saya akan pergi ke Camp David kerana cucu perempuan saya tamat pengajian pada Ahad, dan ia paling dekat jadi saya boleh sampai ke sana pada majlis graduasinya," kata Biden kepada pemberita pada Jumaat.