PAPAR - Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan pada jam 5.20 petang, Sabtu.
Jenazah Allahyarham disemadikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni di sini.
Iklan
Iklan
Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek As Salam selepas dibawa ke rumahnya untuk penghormatan terakhir oleh keluarga terdekat serta pengurusan tertinggi APM.
Anak ketiga Allahyarham, Ameera Hana berusia lapan tahun turut dilihat mengiringi jenazah ayahnya ke tanah perkuburan.
Dianggarkan 1,000 orang membabitkan ahli keluarga, penduduk kampung, rakan taulan dan anggota APM hadir mengiringi jenazah untuk dikebumikan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Hafizah Abdul Hamid, 31, bersama enam anak.
Awang Askandar, 56, merupakan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), meninggal dunia selepas terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut iaitu hanya 20 minit sebelum sampai ke puncak.