Kapal China ceroboh Selat Taiwan lagi

Iklan
Taipei sering memantau aktiviti Beijing di perairan Selat Taiwan.- Foto: Agensi

TAIPEI - Tiga kapal milik China termasuk kapal pengangkut pesawat, Shandong didakwa merentasi Selat Taiwan, menurut Kementerian Pertahanan pada Sabtu.

"Kemunculan kapal Shandong di perairan itu adalah luar biasa walaupun aktiviti Beijing sering dipantau,” ujar kementerian tersebut merujuk kepada Tentera Laut China.

Iklan
Iklan

Jelasnya, flotila itu menuju ke barat garisan median menghala ke utara iaitu sempadan tidak rasmi di tengah-tengah selat yang memisahkan negara pulau tersebut dengan benua Asia.

"Kami sedang mengawal situasi tersebut dan mengarahkan pasukan peronda tentera udara serta laut dan sistem peluru berpandu darat untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman,” katanya.

Iklan

Pencerobohan terbaharu itu berlaku selepas Beijing melancarkan latihan ketenteraan seperti ‘mengepung’ Taipei pada April lalu.

Kapal Shandong itu turut menyertai latihan berkenaan bersama jet pejuang J15 di bahagian tenggara Taiwan.

Iklan

Sejak beberapa hari lalu, China dikatakan semakin meningkatkan pencerobohan di perairan negara pulau berkenaan yang dilihat sebagai satu provokasi melampau oleh Taiwan. - AFP