Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan

Iklan
Pearly dan Thinaah memburu kejuaraan sulung Masters Malaysia dalam karier mereka. Foto: Bernama

DUA wakil Malaysia - Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil petang ini.

Baik Pearly-Thinaah dan Wei Chong-Kai Wun, mereka kini berpeluang mengakhiri penantian peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pemain negara kembali bergelar 'sang juara' pada kejohanan Super 500 itu.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul pemenang terakhir Masters Malaysia pada edisi 2017.

Legenda negara, Datuk Lee Chong Wei nyata berada dalam kelas tersendiri selepas memenangi lima gelaran Masters Malaysia sejak edisi sulung 2009 dan kali terakhir pada 2016 di Pulau Pinang.

Iklan

Tumpuan peminat tempatan kini terarah kepada Pearly-Thinaah dan Wei Chong-Kai Wun yang masing-masing bakal turun beraksi pada final acara beregu wanita dan beregu lelaki.

Dalam aksi separuh akhir, Pearly-Thinaah menewaskan beregu nombor lima dunia dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-2.

Wei Chong (kiri) dan Kai Wun meraikan kejayaan mereka mara ke final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Sabtu. Foto: Bernama

Iklan

Wei Chong-Kai Wun pula mara ke final selepas menjinakkan beregu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-17, 22-20.

Pearly-Thinaah hanya selangkah lagi untuk mengikut jejak langkah bekas beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara edisi 2012.

Tampil selaku pilihan keenam, Pearly-Thinaah bakal berdepan gandingan nombor enam dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di pentas final.

Wei Chong-Kai Wun pula bakal meneruskan 'kisah dongeng' dalam memburu kejuaraan di bumi sendiri apabila turun menentang satu lagi wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.