PM umum peruntukan RM5 juta kepada MBM

Iklan
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during his speech at the Muzakarah Ulama-Umara, today. Photo by Bernama.

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasakan golongan muda untuk memacu negara.

Katanya, ia bagi memastikan pentadbiran MBM dan program-program yang membabitkan belia tidak mempunyai kekangan dari segi kewangan selain keyakinan dan kesungguhan kepimpinan Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid menjayakan Negara Madani.

Iklan
Iklan

"Kesungguhan pimpinan MBM, termasuk menjayakan Negara Madani dengan keyakinan dan ilmu, maka saya setuju peruntukan RM5 juta setahun.

"MBM ini istimewa kerana badan-badan yang mewakilli persatuan, kaum, agama boleh mempersatukan para belia dengan semangat perpaduan. MBM penting dalam menyelamatkan negara kita dalam membina kekuatan baharu," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Iklan

Anwar berkata, MBM perlu memperincikan laporan tentang hala tuju menerusi peruntukan yang diumumkan itu.

"Dalam sebulan ini, saya nak tahu tentang laporan apakah rancangan MBM bagi menambah keanggotaan para belia dalam persatuan, keduanya memastikan penyertaan wanita di semua peringkat termasuk pimpinan MBM bermula dengan penyertaan 30 peratus.

"...Dan ketiganya memperhebatkan program, ekonomi, latihan serta kebajikan termasuk kesedaran belia dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan golongan belia supaya tidak menggunakan agama dan kaum untuk merosakkan negara.

" Ajak anak muda anjur persatuan,angkat martabat mereka, hormat satu sama lain. Ini masa kita, sekiranya kita ada tekad yang betul. Sikap yang btul, kita mahu kebenaran selamatkam negara jangan guna agama, kaum kita rosakan negara," katanya.

Sementara itu, dalam majlis sama Perdana Menteri turut melancarkan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia dan selari dengan dasar nasional terkini.