Ceramah di masjid, surau ini peringatan Jaipk

Iklan
Mohd Yusop Husin

IPOH - Semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid di Perak hendaklah memastikan tiada penganjuran aktiviti politik termasuk ceramah diadakan di masjid dan surau di dalam kariahnya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, arahan itu bagi memastikan masjid dan surau kekal menjadi tempat ibadah, pusat ilmu dan penyatuan ummah.

Iklan
Iklan

"Mana-mana pihak adalah dilarang mengadakan aktiviti politik termasuk ceramah di masjid dan surau," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebarang penganjuran ceramah agama juga hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pegawai Tadbir Agama Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ceramah diadakan.

Iklan

"Arahan terbabit terkandung dalam Peraturan Peraturan Pengawasan Pengajaran Agama dan Dakwah 2013.

"Mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara," katanya.

Iklan

Beliau berkata, peraturan sedemikian telah diperingatkan berkali-kali dan wajar diberi perhatian demi keharmonian masyarakat khususnya umat Islam.