Bila 'daddy' nak balik?
Iklan
Wan Saiful (kiri) ketika berkunjung ke kediaman Saffiyah (dua dari kanan) bagi bertanya khabar di samping mendapatkan maklumat terkini berhubung Muhammad Hawari.
TASEK GELUGOR -"Bila 'daddy' nak balik?"
Soalan itu yang sering ditanyakan dua orang anak kepada pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang sehingga kini belum ditemukan selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia pada Jumaat minggu lalu.
Iklan
Iklan
Isterinya, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, berkata, Hana Sakeena Muhammad Hawari, 4, dan Haris Sufian, 2, sering bertanyakan mengenai bapa mereka setiap malam sebelum tidur.
Mereka sekeluarga yang turut menghadapi masalah pendengaran terus berharap agar ada keajaiban berlaku dan amat mengharapkan Muhammad Hawari dapat pulang semula ke pangkuan keluarga.
Iklan
"Hana seorang anak yang kreatif dan dia ada lukis gambar tersirat di mana kami sekeluarga berada di kawasan berbukit.
"Dia tahu ayahnya ada di situ dan sekurang-kurangnya gambar itu memberi harapan buat kami sekeluarga yang Muhammad Hawari akan kembali,” katanya.
Iklan
Saffiyah berkata demikian ketika ditemui media di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor di sini pada Ahad.
Terdahulu Saffiyah menerima kunjungan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang meluangkan masa bertanya khabar dan mendapatkan perkembangan mengenai Muhammad Hawari.
Temu bual bersama Saffiyah dibantu menerusi terjemahan bahasa isyarat oleh anak saudaranya, Muhammad Muhammad Danish Danial Muhammad Hafizul.
Dalam pada itu, Safiyyah mengakui sejak berita kehilangan suaminya sembilan hari lalu, emosinya kian terganggu dan sentiasa menantikan sebarang perkembangannya.
Beliau berkata, kali terakhir mereka berhubung pada 15 Mei lalu dan suaminya memaklumkan akan memulakan pendakian.
"Memang terkejut sebab hari Khamis suami berjaya sampai ke puncak, namun hilang keesokan harinya.
"Dia sudah berjanji untuk pulang dan meminta kami bersedia untuk menyambutnya di KLIA," katanya.
Dalam pada itu, beliau terus berharap agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan suaminya dapat ditemui dengan selamat dan kembali kepada keluarga.
Sementara itu, Wan Saiful berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan agensi berkaitan untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada keluarga terbabit.
"Kita faham situasi ini amat traumatik dan mengejutkan ahli keluarga Muhammad Hawari dan sokongan emosi penting untuk pastikan mereka kekal positif.
"Syukurlah keluarga ini juga kuat dengan sokongan jiran yang banyak membantu memberi bantuan dan sokongan yang diperlukan,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam