Allahyarham Abu Hassan tokoh dakwah berpengaruh: Mufti Wilayah Persekutuan

Iklan
Hantaran status yang dimuat naik Zulkifili menerusi akaun Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72, disifatkan sebagai tokoh dakwah yang sangat berpengaruh.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, perkenalan mereka bermula sejak kecil lagi.

Iklan
Iklan

"Menerima berita pemergian tokoh ilmuan tanah air, almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz ke rahmatullah.

"Saya mengenali beliau sejak kecil sebagai tokoh dakwah yang sangat berpengaruh," katanya dalam status dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.

Iklan

Zulkifli berkata, masih jelas di ingatannya celoteh Allahyarham ketika Forum Perdana Ehwal Islam satu ketika dahulu.

"Dalam gelak tawa, ada nasihat dan kata hikmah yang pastinya menyegarkan minda dan hati.

Iklan

"Selamat menuju ke negeri yang baqa'. Al-Fatihah," tulisnya dalam status tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Abu Hassan Din meninggal dunia

Allahyarham Abu Hassan disahkan kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Mohamad Yusri Abu Hassan menerusi hantaran dalam aplikasi WhatsApp.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika hendak menunaikan solat Subuh awal pagi tadi.