Lembu 600kg untuk ibadah korban

Iklan
Zainol Abidin (dua dari kiri) bersama anaknya Mohamad Alias Zainol Abidin, 32, memberi makan salah seekor lembu ternakan di ladang mereka di Jalan Sintok di sini.

KUBANG PASU - Tiga ekor lembu masing-masing seberat 600 kilogram (kg) antara yang ditawarkan untuk jualan bagi ibadah korban pada tahun ini.

Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd, Zainol Abidin Mohamad berkata, lembu terbabit berada dalam keadaan sihat dan dijual pada harga RM10,000 seekor.

Iklan
Iklan

"Ada sesetengah pelanggan gemar lembu yang bersaiz besar untuk menunaikan ibadah korban sebab itu kita beri pilihan pelbagai jenis saiz untuk mereka," katanya ketika ditemui di ladang ternakannya di Jalan Sintok di sini pada Ahad.

Menurutnya, pihak ladang turut menyediakan lembu seberat 230 hingga 300kg dengan harga antara RM5,400 hingga RM6,000.

Iklan

"Pelanggan juga boleh menempah secara tompok dengan harga RM750 hingga RM850 sebahagian.

"Alhamdulillah, pelanggan tetap kami telah mula menempah sejak awal Mei lagi dan setakat sekarang 60 ekor sudah ditempah," katanya.

Iklan
Antara lembu korban yang tersedia di Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd untuk menampung permintaan ibadah korban tahun ini.

Ujar bapa kepada empat cahaya mata itu, syarikatnya menyasarkan lebih 200 ekor lembu akan terjual bagi memenuhi permintaan ibadah korban tahun ini.

"Sasaran ini berdasarkan trend permintaan pelanggan yang mahu lembu tempatan kerana diyakini sihat dan terjamin status halalnya.

"Malah kami juga sangat menitikberatkan sumber makanan haiwan ternakan agar mereka hanya mendapat makanan yang bersih dan halal selain mendapat vaksinasi yang lengkap," katanya.

Zainol Abidin yang juga seorang pesara guru berkata, mereka juga menyediakan perkhidmatan menyembelih dan melapah yang dikendalikan oleh petugas bertauliah dan berpengalaman.

"Selain itu kami turut menyediakan perkhidmatan agihan daging korban kepada asnaf untuk memudahkan urusan pelanggan yang mungkin ada kekangan tertentu," katanya.