42 klinik daif di Pahang akan dinaik taraf

Iklan
Dr Zaliha kesihatan meninjau fasiliti di Klinik Kesihatan Bukit Gah Kuantan ketika lawatan kerja pada Ahad.

KUANTAN - Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 42 klinik kesihatan yang diklasifikasikan sebagai daif di Pahang.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebanyak RM12.901 juta dana telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek menaiktaraf infrastruktur dan fasiliti di klinik yang sudah disenaraikan tahun ini.

Iklan
Iklan

"Saya telah diberikan taklimat untuk melihat keperluan di klinik ini (Bukit Goh) disebabkan oleh kehadiran pesakit yang ramai. Kita memerlukan beberapa infrastruktur seperti ambulans yang baharu dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau KK Bukit Goh pada Ahad.

Iklan

Dr Zaliha memberitahu kerja-kerja menaiktaraf klinik-klinik yang terlibat akan dilaksanakan pada tahun ini

"Perolehan sudah selesai, kita tunggu proses seterusnya dan kita akan mulakan segera," ujarnya.

Iklan