Digital jadikan dunia kewartawanan semakin unik, mencabar

Iklan
Jurutera aplikasi Robopreneur, Aidisyahrul Zulkifli (kanan) dan Jurutera Aplikasi, Aiman Sany Mohd Ikhsan (kiri) mengendalikan tiga robot iaitu Pepper, Temi dan Ketty yang turut membantu Majlis Kemuncak Hawana 2023 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. - Foto Benama

JOHOR BAHRU - Perkembangan digital masa kini menjadikan dunia kewartawanan semakin unik dan mencabar selain cakupan kerjaya yang meluas.

Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM), Mohamad Fauzi Ishak berkata, bidang yang telah menjangkau usia lebih 200 tahun itu terus berkembang seiring peredaran zaman dan menjadi antara bidang penting kepada pembangunan negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bidang tersebut dilihat terhad kepada penulisan di akhbar dan bahan bacaan seperti majalah ketika sebelum merdeka, namun terus berkembang kepada bidang penyiaran di televisyen dan radio, pascamerdeka.

"Bagaimanapun, pengenalan pelbagai platform penyampaian bentuk baharu seperti berita portal dan media sosial, membolehkan wartawan menyampaikan berita terus ke pengetahuan umum dalam jangka masa lebih pantas.

Iklan

"(Pada masa sama), kepelbagaian medium ini juga menjadikan masyarakat lebih mudah untuk mengakses bahan dan maklumat daripada sumber berita yang dihasilkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Mohamad Fauzi yang juga Presiden Kelab Media Johor menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh Bernama.

Iklan

Bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’, Hawana 2023 yang berlangsung di Ipoh, Perak dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Fauzi berkata, tema sambutan Hawana diketengahkan agar dapat memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kepentingan kebebasan media dalam menjalankan tugas, agar setiap berita yang dilaporkan telus tanpa tekanan mana-mana pihak.

"Golongan wartawan juga memerlukan perlindungan daripada gangguan atau pun ugutan alam maya termasuk buli siber ketika menjalankan tugas.

"Selain itu, kita berasa bangga apabila baru-baru ini kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2023 yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meningkat ke tangga 73 dengan 62.83 mata, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 40 kedudukan berbanding tahun lepas. Malaysia turut berada pada kedudukan tertinggi antara negara ASEAN," katanya. - Bernama